Love.Do What Makes You Happy.Be With Who Makes You Smile.Laugh As Much As You Breathe,Love As Long As You Live.

Wednesday, May 11, 2011

Monday, May 9, 2011

Mengidam Big Apple~


Big Apple!
Come too Mama,sayang..
HAHA bongok..
Gila meroyan la kau nie!

MEMANG!
Memang aku gila meroyan kt Si Big Apple nie!
Kenapa?
Kau . kau . kau ade masalah ke?

Tapi,
Seriusly aku rindu gila-gila bab* nk makan BA nie..
Lama weh tak mkn..
Alaa kt Arau tue! ade ape sgt je.. DD pn tak ade..
Wekss! Lopek! HAHA..

Mari-mari lihat!
Mana tahu kenyang sikit ke! HAHA.





Kalau boleh aku nk letak banyak-banyak gambar BA nie!
Seriusly,,terliur gilaa..

.I . L.O.V.E .B.I.G .A.P.P.L.E.

Sunday, May 8, 2011

mood: NK KAWIN~ HAHA.


Hey syuhadah!
Apa gatal sangat ni?
Belajar bagi habis dulu laa..
Baru boleh gatal-gatal..

TAK BOLEH KAWIN! MUKTAMAD!

OK laa..
Tak boleh kawin,nk berangan pun jadi laa..
HAHA..

Actully,
3 hari yg lepas aku ber'FB then terbukak la me
mber aku masa sekolah rendah dulu..
Rapat juga lah masa 6 INTAN dulu kt SK Pengkalan Tentera..
Nama beliau Nurul Hidayu Bt Abdullah..

Apa yg membuat kan aku terkejut
Beliau sudah pun berKAHWIN..
WOW..
Seriusly,,
Memang terkejut gila..
SELAMAT PENGANTIN BARU,dayu..
Rasanya macam dah terlambat..
25 Dec 2010 lansungnya majlis beliau..

Teringat masa zaman sekolah rendah dulu..
Beliau ni pengawas sekolah..
Aku pengawas perpustakaan je..
HAHA..
Tak apa la jodoh beliau awal..
Apa-apa pun,
Semoga kekal ke anak cucu..
AMIN..

Meh-meh nk cita pasal aku yg sedang gatal ni..
nk berangan-berangan sikit..
Teringin kawin nanti nk meriah-meriah..
Penuh dengan warna-warni..
Maklumlah kawin sekali je seumur hidup..


Masa betunang nk pelamin mcm ni laa


Putih laa menjadi pilihan hati.
Nampak lembut je..
Dengan combinasi colour purple..
WOW.. Bravoo..
Memang nampak cantik..
Combinasi colour white n purple ni
Tak laa over sgt kn..
Amat-amat lah padan..
lagipun,,Tunang je~

Sekarang memang dah jadi trend kn?
Even tunang pun ada pelamin..
Nowdays,dunia dah modern..
Kalau dulu,,duduk dalam bilik je..

Dunia-dunia!
Semakin lama adat pun dilupakan..

Opss! KEJAP!
Pelamin dah ada..
Orang yg nk duduk atas pelamin pn dah ada..
Cube teka,apa yg tak ada?
Bukan cincin laa..
Bukan hantaran tunang jugak la..
BUKAN.BUKAN.BUKAN.

Tunang aku laa..
Merangkap future husband aku..
wink-wink..

Ini makhluk Tuhan paling Taf gitu:
HAHA.
Nor Azmi a.k.a My. Mr KOHOK

Selamat Bertunang,HANUM :))


First of all,
SELAMAT BERTUNANG kepada teman seperjuangan saya,HANUM yg telah selamat bertunang semalam (8/5/2011)..
MAAF sangat-sangat sebab tak dapat datang..
Saya berada di kampung laa..

Nways,
Semoga pertunangan ni membawa ke jinjang pelamin..
jangan lupa ajak aku tau!
HAHA..



Itulah Hanum..
Sudah jadi tunangan orang..
yg sebelah tue,
bila lg?
HAHA..



Saturday, May 7, 2011

Aktiviti Cuti Sem 2 : Menanam Semula Money Plant


Arghhh penat-penat!
Rasa mcm nk pengsan pn ada..
Ni semua gara-gara menanam semula POKOK DUIT-DUIT la ni..
Tapi,,memang best la berkebun rupanya..
Aku dah merasa tadi..
Kamu-kamu bilaa lagi?

Aku ni tak ada lah cara-cara nk menanam semula pokok ni..
Aku rasa semua tahu kan?
Apa yg aku tahu,,mama lah bagu tahu..
Pokok Duit-duit ni boleh buat seseorang tu jadi kaya..
HAHA..tu pendapat orang cina..
OK-OK..Apa yg aku tahu..
Pokok Duit-duit ni membiak melalui daunnya..
Pokok ni memang lambat membesar..
Betul-betul mengambil masa yg lama..
Amat-amatlah menguji kesabaran anda-anda..

Apa yg aku suka pokok ini berbanding pokok-pokak lain adalah:

1. pokok ni memang senang dijaga

2.pokok ni daun nya tak gugur mcm pokok lain

3.pokok ni kemas je.Dari segi susunan daun nya. la.

4. nampak seksi kot..HAHA..


Lihat lah aku yg MESSY gilaa-gilaa ni :









Ini lah hasil nya..

S.E.R.O.N.O.K


Aktiviti Cuti Sem 1 : Bahulu Gulung


Mari kawan-kawan..
Saya mahu ajar kawan-kawan cara membuat BAHULU GULUNG..
Ini resepi mama taw..
tapi,, 8O % saya yg buat,,resepi je mama....
Mama cuma mengarah-arahkan saya jee..
Bangganya.. ;)))

Mari intai-intai kt dapur:

Bahan:

3/4 cawan tepung gandum yg di ayak
3 biji telur
5 sb gula halus
1 st esen vanila
2 sb jem resberry

cara-caranya:

1. sediakan tin/loyang/dulang pembakar.jangan lupa panaskan oven pada suhu 180c tw.

2. Putar telur dgn gula sehingga btl2 kembang dan ringan. (pastikan adunan ini btl2 kembang dan gebu, ini akan membantu kek mjd lebih ringan dan lembut stlh masak)

3.Masukkan esen vanilla/jus lemon dan putar lagi hingga sebati.mama saya ckp tujuan masukkan esen adalah untuk menbuang bau telur.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm adunan td sambil dikacau dgn cara kaup balik.

5. Tuangkan adunan ke dlm dulang yg tlh disediakan. Ratakan.

6.Bakar pd tetingkat atas(high rack) selama 20 minit atau sehingga kek keperangan.

7.Panaskan jem raspberi sehingga cair

8. Alaskan sekeping kertas minyak di atas kain lembab. Taburkan sedikit gula di atasnya.

9. Setelah bahulu masak, terus keluarkan dan terbalikkan di atas kertas minyak td. Potong kerak di bahagian tepinya jika suka. Sapukan jem di atas bahulu hingga rata.

10.Gulung dgn kemas dgn menggunakan kertas minyak.

11.Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.

SIAP untuk dihidang! ;))

Ini hasilnya!

p/s: jangan gelak taw!



okyy tak?

tapi,,nampak tak kemas kan..

Apa-apa pn,,saya amat berpuas hati..

Terima Kasih.

Friday, May 6, 2011

Terharu! Tangan disalam lalu di CIUM.


Actully,,hari ni merupakan hari dimana keputusan kemasukan ke IPTA 2010/2011 diumumkan..seperti biasa lah kena cek dulu melalui SMS or online terus je..TAHNIAH kepada yg layak..dan bagi yg gagal,,rayuan masih dibuka sehingga 16 Mei ini..banyak lagimasa..so,,cepat-cepatlah buat rayuaan sebelum terlambat.

Cerita disebalik keputusan kemasukan ke IPTA ini,sepupu aku senang dikenali sebagai Mamat malangnya tidak layak ke IPTA dengan berbekal kn keputusan
SPM 5A2B3C.dari air muka beliau terpancar perasaan sedih apatah lagi ibu beliau..Selepas solat Jumaat,aku menerima panggilan dari Mamat mengatakan tentang berita sedih itu..kebetulan selepas zohor aku dan keluarga akan berangkat ke kampung tercinta dimana kampung
aku dekat jugak dengan rumah beliau..Lagipun,beliau ni bukan sesiapa pada aku..Sepupu aku jugak sebelah ayah..

Sesampainya aku dikampung,,tanpa bercakap banyak mak dan ayah aku membawa aku ke rumah beliau..Selain urusan itu,,mak aku juga ada hal bussine
s sikit dengan mak beliau..maka berbincanglah aku dengan mamat..hampir 1 jam aku berbual dengan beliau..aku ni pun tak ada lah pakar sangat..tp..boleh bagi idea sikit kt beliau sebab aku ni pun salah seorang student UITM..memandangkan beliau amat teruja untuk masuk ke UITM..elok lah aku bagi sikit idea..tak salah kn nk berkongsi..perbincangan yg hampir 1 jam itu yg turut disertai oleh ayah aku tersayang yg juga merup
akan salah seorang daripada staff UITM.

UITM mengubah Destinasi Anak Bangsa

Akhirnya perbincangan ditamat kn kerana magrib semakin hampir..Kata-kata terakhir aku dan ayah bahawa kami akan tolong beliau untuk menempatkan diri di dalam UITM sambil meminta beliau berdoa agar rezeki beliau di UITM..Sebelum kami berangkat pulang..aku bersalaman dengan pakcik dan makcik aku..tibe2,,aku terdengar 1 suara garau memanggil aku ..

Mamat: Akak-akak..

Saya: iyee.. ;))

Mamat: Nak salam..

Saya: ouh! okyy..

Maka,,tangan dihulur..tiba-tiba aku terdiam dan terga
mam..lalu masuklah ke dalam kereta..
alangkah terkejutnya aku apabila TANGAN AKU DISALAM LALU DICIUM oleh Mamat..
terasa amatlah dihormati..dan tanda berterima kasih kerana itu..

Walau apa pun,

UITM Sentiasa Di Hatiku

Saya SAYANG UITM!